Bukanlah saya katakan teknologi itu kemungkaran. Tetapi sikap manusia yang menjadikan teknologi sebagai satu platform memudahkan berlakunya kemungkaran. Sedangkan banyak kemudahan untuk melakukan kebaikan dan memberi manfaat dalam dunia teknologi ini.
Teknologi Smart Phone, Media Sosial, Video, dan banyak lagi menjadi medium memudahkan kemungkaran itu berlaku.
Saya senaraikan perkara yang menjadi kemungkaran di zaman teknologi ini.
1. Pendedahan Aurat Lebih Meluas
- Bukanlah sebelum ada teknologi tidak ramai yang membuka aurat. Boleh saya katakan peratusan wanita yang memakai tudung jauh lebih ramai dari tahun 90an. Tetapi walaupun jumlah mereka yang membuka aurat lebih sedikit, tetapi yang melihat aurat tersebut lebih ramai.
- Kalau dulu, jika kita tinggal di rumah, mungkin kita terhindar dari dosa melihat aurat orang lain. Melainkan jika kita menonton televisyen.
- Sekarang nah, sekali sentuh skrin, banyak dosa yang kita kutip. Nak tutup mata tak nampak nak touch kat mana.
- Bayangkan jika seorang yang melihat gambar kita, mereka share, dan share, dan share. Masya-Allah, tak boleh hitung dosanya
2. Keaiban Boleh Di'Viral'kan
- Saya teringat berberapa video yang viral tidak lama dulu.
- Kisah Gadis Myvi dengan Pak Cik Teksi,
- Wanita Peugoet dan Uncle Cina,
- Isteri Pemain Bola Sepak Negara
- Video seperti ini adalah aib si pelaku. Dengan kamera di tangan, tidak sampai 5 minit beribu manusia boleh melihat aib mereka. Dengan sikap "kaki share" yang merasakan perkara ini bukan dosa, ringan saja klik pada button share.
- Komen-komen pedas, berbisa, dan biadap diberikan. Menunjukkan betapa sopannya rakyat Malaysia yang menonton video tanpa usul periksa.
- Saya tidak mahu bercerita tentang politik, lagi banyak perkara aib yang diviralkan
3. Fitnah Berleluasa
- Ini killer dalam zaman media sosial. Sangat banyak berlaku, dan kita tidak sedar kita juga terlibat.
- Dosa ini sinonim dengan ahli politik. Mereka adalah sasaran utama golongan penfitnah. Dalam bab ini saya rasa ahli politik paling banyak pahala dan paling kurang dosanya. Pahala penfitnah dan penyokong diberi padanya. Dosanya diberi pada penfitnah dan penyokong yang dah kehabisan pahala.
- Artis antara yang sering dilanda fitnah. Saya bukan menyokong kerjaya artis, tapi mereka juga manusia. Status artis mereka bukan lesen menghalalkan fitnah terhadap mereka.
- Satu lagi golongan yang sering difitnah di media sosial ialah ahli agama. Gelaran sesat, wahabi, kafir, dan macam-macam gelaran lagi yang tidak ada kena mengena dengan agamawan tersebut. Hanya kerana satu pendapat, bermacam-macam label diletakkan. Yang lebih menyedihkan Ulama yang telah meninggal dunia juga menjadi sasaran.
Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga diri kita dari terlibat dengan perkara-perkara sebegini. Jika dosa mendedah aurat, boleh bersegera bertaubat.
Jika terlibat dalam pendedahan aib, dan fitnah, segera la mencari mereka yang menjadi mangsa dan meminta maaf. Dosa ini hanya mangsa yang boleh mengampunkannya.
Tapi lebih parah jika yang diaibkan atau difitnah telah meninggal dunia. Semoga Allah mengampunkan kita semua atas rahmatnya.. Wallahualam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan