Label

Jumaat, 3 Julai 2015

Dosa-Dosa Rutin Di Media Sosial


Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang perkara yang berlaku pada zaman teknologi ini. Banyak terdapat kemungkaran yang berlaku jika dibandingkan dengan kebaikan.

Bukanlah saya katakan teknologi itu kemungkaran. Tetapi sikap manusia yang menjadikan teknologi sebagai satu platform memudahkan berlakunya kemungkaran. Sedangkan banyak kemudahan untuk melakukan kebaikan dan memberi manfaat dalam dunia teknologi ini.