Label

Ahad, 19 April 2015

Sekadar Perkongsian Dan Nasihat Untuk Diriku



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog ini. Ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana hanya Dialah yang memberikan kekuatan untuk saya menulis setelah sekian lama tidak terlibat dalam hobi lama saya ini. Saya ucapkan syukur lagi pada Allah S.W.T. setelah banyak pengajaran, serta pembelajaran dalam menelusuri hidup sebagai Melayu-Islam.
Syukur lagi dan lagi kepada Allah S.W.T. kerana nikmat yang tidak putus-putus dari Allah dan nikmat ujian yang telah mendewasakan saya dalam kehidupan. Nikmat pancaindera yang tak pernah kurang satu pun sejak saya dilahirkan. Nikmat ujian getir dalam dunia pekerjaan makan gaji, dan perniagaan yang jatuh dan bangun memberikan seribu satu ilmu baru yang tidak akan ada habisnya.



Terima kasih pada anda semua. Blog ini adalah sebagai hobi lama saya yang saya ingin kembalikannya kembali. Blog lama telah pun saya berhentikan terbitannya.

Apa pula nak saya tampilkan dalam blog "Nasihat Untukku" ini?

Blog ini lebih pada pendapat peribadi berdasarkan pengalaman dan kajian saya sendiri berkenaan berberapa perkara yang mungkin menarik perhatian saya sepanjang saya melalui kehidupan di bumi Allah ini.

1) Agama :
Saya bukanlah ustaz yang boleh mengajar tentang Islam, bukan juga ulama yang boleh memberikan kuliah sehingga beribu orang datang, apatah lagi mufti untuk mengeluarkan fatwa. Saya cuma insan biasa, orang awam yang mempunyai minat dalam meneliti sesuatu perkara atau isu yang berlaku dalam umat dan masyarakat.
Segala artikel dalam blog ini hanyalah pendapat saya, melalui pemerhatian, pendapat berberapa ustaz, ulama dan kajian berkaitan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga Allah S.W.T. mengilhamkan saya menulis apa yang benar dan hak. Tidak pula yang salah dan bathil. Semoga Allah mengampunkan saya dalam sebarang kesilapan sebagai manusia hina. Amin

2) Perniagaan
Tips-tips perniagaan, pemasaran, jualan, pengalaman,motivasi dan cerita-cerita orang berjaya akan saya kongsikan sekadar untuk diri saya dan tatapan anda semua. Semoga saya dapat manfaat dalam tulisan ini dan anda mendapat manfaat yang lebih dari saya.

3) Puisi
Bab ni memang saya suka-suka sekadar melepaskan perasaan yang terbuku.

Kepada anda semua, saya ucapkan selamat membaca dan menerima manfaat. Jika ada kesilapan mohon buat teguran secara terbuka pada saya. Ia dibenarkan sama sekali.

Paling penting saya minta anda semua gunakan bahasa yang baik ketika memberikan komen.

Wallahualam..

Assalamualaikum

Penulis
Adli Nordi

Tiada ulasan: